Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, antaranya kesalahan melibatkan tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, mengubah suai kenderaan dan tiada nombor pendaftaran.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 130 saman lesen memandu dikeluarkan terhadap pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga manakala 147 lagi melibatkan tingkatan empat dan tingkatan lima.

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din menyampaikan cenderahati kep

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din menyampaikan cenderahati kepada pelajar tahun satu sempena program ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ZULFAIZ ZAKARIA 

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 328 saman dikeluarkan terhadap pelajar.

“Sebanyak 157 saman dikenakan atas ibu bapa dan penjaga pada tahun lalu. Jadi kita akan memberi tumpuan terhadap Op Didik ini agar tahun ini angka tersebut dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Zani, pihaknya turut menempatkan dua pegawai polis yang berperanan sebagai pegawai perhubungan di setiap sekolah di kawasan Petaling Jaya.

Katanya, ini bagi mengawal dan membantu pihak sekolah mengatasi sebarang masalah jenayah di sekolah.

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din menyampaikan cenderahati kep

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din menyampaikan cenderahati kepada pelajar tahun satu sempena program ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ZULFAIZ ZAKARIA 

“Sehingga kini, sebanyak 170 pegawai perhubungan telah ditempatkan pada 85 buat sekolah di sekitar kawasan ini.

“Mereka akan mengadakan lawatan dan pemeriksaan dua minggu sekali serta melakukan aktiviti pencegahan jenayah kepada pelajar,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE