Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Dengkil, Azman Anorwar berkata, program tersebut dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk selain sesi tazkirah selepas zuhur.

“Kita berasa bertuah kerana ada pelajar yang sukarela menyertai program kali ini. Selain mengimarahkan bulan Ramadan, mereka dapat mengeratkan ukhuwah,” katanya kepada pemberita sempena program Ihya Ramadan 1440 Hijrah di Masjid Jameatus Solehah Dengkil di sini, semalam.

Yang hadir sama ialah Nazir Masjid Jameatus Solehah, Hamzah Yaacob; wakil pelajar CUCMS, Nurhamyra Addin dan Pengerusi Pusat Wanita Berdaya Dengkil, Noranita Mat. - UTUSAN ONLINE