Abdul Karim Hamzah
Abdul Karim Hamzah 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah berkata sebagai sebuah negara yang bersatu keputusan tersebut harus dihormati.


"Ramai yang mempertikaikan perkara tersebut di laman sosial mengatakan Sarawak mempunyai hak imigresen, namun ingin saya tekankan di sini perkara tersebut berkaitan dengan polisi nasional dan kerajaan negeri harus menghormatinya," katanya semasa sidang media Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 di sini,hari ini.

Dr Mahathir dalam laporan sebelum ini sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak dapat menerima atlet Israel walaupun mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Katanya, orang yang tidak diingini di negara kita mestilah dihalang masuk dan ini termasuk mereka yang disyaki menjadi pengganas dan sebagainya.

Dalam perkembangan lain, Karim berkata, AIFFA 2019 yang memasuki edisi empat tahun akan diadakan di Kuching, Sarawak dari 25 hingga 27 Mei.


"Acara itu adalah platform bagi mempromosi filem-filem ASEAN untuk pasaranantarabangsa dan mempermudahkan kerjasama serta jaringan dalam industri filem ASEAN bagi menyediakan peluang perniagaan kepada pengedar dan pempamer filem.


"Satu lagi objektif AIFFA adalah untuk menarik pelancongan dan pembikin filem ke Malaysia," katanya.-BERNAMA