Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) ketika sedang melaksanakan Op Serkap di lokasi berkenaan.

Katanya, kira-kira 1.30 tengah hari anggota yang menjalankan operasi tersebut mengesan ketiga-tiga PATI tersebut sedang menaiki motosikal dari kampung berkenaan menuju sempadan Indonesia.

"Semasa pemeriksaan dijalankan mendapati ketiga-tiga PATI tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

"Siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka turut membawa minyak masak berjumlah 24kg, telur ayam 180 biji, ayam hidup sembilan ekor dan air botol berkarbonat 36 botol," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga tahanan bersama barang rampasan serta dua motosikal diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan lanjut. - BERNAMA