Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng berkata, Peka B40 adalah antara program yang diperkenalkan oleh kerajaan PH bagi membantu golongan yang memerlukan rawatan perubatan terutama sekali penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

"Inilah Malaysia Baru banyak perubahan dilakukan dalam tempoh setahun," katanya semasa melancarkan program kempen Kibar Jalur Gemilang di tapak tempat letak kereta Wisma Persekutuan Miri di sini hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Miri Aba Sam berharap orang awam turut menyokong kempen Kibar Jalur Gemilang dengan mengibarkan bendera di premis masing-masing.

Turut hadir pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Miri hari ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon serta Senator Alan Ling Sie Kiong. - BERNAMA