Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak Jolly Marikan berkata 14 acara akan dipertandingkan antaranya badminton, bola sepak, bola tampar pantai wanita, golf, futsal veteran dan tenpin boling pada temasya sukan itu bertujuan menjalinkan semangat integrasi nasional.

"Ini bukan hanya memberi peluang kepada kakitangan untuk aktiviti sukan semata-mata, tetapi juga mampu bertukar idea dan pandangan dalam menjalankan tugas serta jaringan dalam kalangan kakitangan Yayasan di seluruh negara", katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan bendera kejohanan PESAYA.

Pada majlis itu bendera berkenaan diserahkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki kepada Ketua kontinjen Yayasan Sarawak Zamahari Saidi.

Jolly berkata Yayasan Sarawak akan menjadi tuan rumah kejohanan dwi-tahunan PESAYA ke-14 pada 2022, sempena meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan yayasan berkenaan. - BERNAMA