Mistirine Radin
Mistirine Radin 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin ketika dihubungi di sini hari ini berkata sekolah yang ditutup itu melibatkan seramai 1,989 murid dan 173 guru di daerah Sandakan dan Pitas.

Beliau berkata sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok, SK Binsulung, SK Sungai-Sungai dan SK Tampat di daerah Sandakan manakala di daerah Pitas melibatkan SK Sosop, SK Kusilad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2.

Katanya selain terjejas banjir, ada juga sekolah yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu SK Pamol di daerah Sandakan, SK Ranau di Kota Marudu dan SK Pekan Pitas 2, Pitas. - BERNAMA