Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah malam ini, keadaan cuaca yang dijangka semakin bertambah baik menyebabkan jumlah mangsa tidak bertambah.


Semua mangsa masih ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Dewan Kampung Binsulung, Sekolah Kebangsaan Pamol dan Dewan Kampung Sungai-Sungai.


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bersama agensi keselamatan lain akan terus memantau situasi banjir di kawasan berkenaan. - BERNAMA