Sehubungan itu, bekas Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata, beliau bersedia untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu di mahkamah.

“Tidak ada masalah (berikan penjelasan di mahkamah), kita sedia sahkan urusan-urusan yang telah dibuat mengikut SOP yang ditetapkan pada masa itu.

“Tidak ada sebarang kebocoran daripada segi kos dan kita boleh memberikan justifikasi mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.

Semalam, tujuh pihak membabitkan syarikat, ahli lembaga pengarah Perda

termasuk Shabudin berdepan dengan tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam pecah amanah dan salah laku penjualan, pembelian serta usahasama hartanah dipercayai sejak 2013.

Pengerusi Perda, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, perkara itu dibongkar menerusi siasatan yang dilakukan sejak 5 Januari lalu terhadap 15 fail projek-projek yang didakwa meragukan. - UTUSAN ONLINE