Menurut Pengerusinya, Mohd. Akhir Che Mat, gelombang kedua kempen membeli produk muslim di negeri itu dijangka dilancarkan pada 27 September ini.

Tegas beliau, sejak kempen membeli produk muslim itu digerakkan, pengumpulan data usahawan muslim di negeri ini berjaya ditingkatkan sehingga 30 peratus.

Malah, tambah beliau, ramai usahawan muslim kini berminat untuk memasarkan produk mereka menerusi platform digital Abata dan Kohilal yang dijangkan beroperasi bermula 1 Oktober ini.

Dalam masa sama, katanya, kempen yang dilancarkan itu bukan memboikot mana-mana produk malah beliau turut bersetuju dengan kenyataan beberapa menteri dan Ahli Parlimen yang mendakwa kempen tersebut tidak memberi sebarang kesan.

"Oleh itu, saya nasihatkan eloklah mereka fokus kepada permasalahan rakyat yang lain terutamanya janji-janji manifesto mereka yang belum dapat dilunaskan.

"Jangan habiskan wang rakyat yang membayar gaji mereka tanpa berbuat apa-apa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Awal hari ini, media melaporkan Kon Yeow menggesa kempem 'Beli Produk Muslim Dahulu' yang dilancarkan di negeri ini Ahad lalu dihentikan kerana disifatkan tidak produktif.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan kerharmonian masyarakat.

Dalam pada itu, Mohd. Akhir turut menggesa Kon Yeow memberi perhatian kepada isu lebih besar seperti tambakan laut dan rancangan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri termasuk turun padang berjumpa kira-kira 5,000 nelayan yang akan terkesan dengan projek berkenaan. - UTUSAN ONLINE