Wakil himpunan terbabit, Mohd. Uzair Ahmad, 24, berkata, mereka khususnya mahasiswa terpanggil untuk mengadakan himpunan itu bagi menunjukkan solidariti golongan berkenaan terhadap penolakan ICERD.

SEBAHAGIAN mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM)
SEBAHAGIAN mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) serta jemaah masjid mengadakan himpunan aman menyuarakan bantahan mereka terhadap sebarang usaha untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di perkarangan Masjid Al Malik Khalid, USM hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM

“Kami bimbang jika ia tetap dilaksanakan, maka, sudah pasti akan timbul ketegangan dalam perpaduan yang terjalin sejak sekian lama di negara ini.

“Sepatutnya pihak berwajib perlukan menekankan kepentingan prinsip Rukun Negara dan memperkasakannya dalam usaha mempertahankan perpaduan,” kata penuntut tahun akhir jurusan pendidikan di USM itu.

Selain melaungkan kata-kata semangat seperti ‘Hidup Rakyat’, kumpulan peserta yang berhimpun itu turut membawa poster dan sepanduk berkaitan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan meratifikasikan ICERD.

SEBAHAGIAN mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM)
SEBAHAGIAN mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) serta jemaah masjid mengadakan himpunan aman menyuarakan bantahan mereka terhadap sebarang usaha untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di perkarangan Masjid Al Malik Khalid, USM hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM

Dalam pada itu, seorang lagi mahasiswa, Mohd. Amir Ashraf, 23, turut sependapat dengan Mohd. Uzair dan mahu pelaksanaan ICERD dibatalkan.

Penuntut tahun tiga jurusan Sains Politik itu berkata, ICERD umpama ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

“Kita sudah membuktikan telah mencapai kematangan dalam membentuk perpaduan di negara ini tanpa ICERD,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE