Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, pelajar dilaporkan sedang melakukan uji kaji melibatkan bahan kimia iodin di dalam makmal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, seramai 13 pelajar terdiri daripada 11 perempuan dan dua lelaki dilaporkan terhidu gas tersebut.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke tempat selamat bagi rawatan awal.

“Seorang mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE