Mayat Ooi Boon Kuan, 29, ditemukan kira-kira pukul 10 pagi hari ini selepas pemilik rumah berkenaan membuat laporan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa yang dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu dipercayai akibat sakit jantung.

“Sebelum kematiannya, mangsa ada mengadu sakit perut dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Bayan Baru di sini.

“Mangsa menyewa di sebuah rumah bersama tujuh penyewa lain namun tinggal berasingan bilik,”katanya di sini hari ini.

Menurut Anbalagan kes berkenaan. diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Anbalagan berkata, mayat dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - UTUSAN ONLINE