Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, guru-guru boleh menebus baucar itu untuk hidangan McChiken atau Filet-O-Fish di mana-mana rangkaian restoran berkenaan di seluruh negara mulai 16 hingga 20 Mei ini.

“Baucer makanan istimewa ini telah dihantar ke pejabat pendidikan daerah yang kemudiannya akan diedarkan kepada para guru.

“Mungkin baucar ini boleh digunakan oleh para guru untuk menjamu anak-anak murid mereka dan secara keseluruhannya hidangan percuma yang diberikan ini bernilai RM4.5 juta,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 di Spice Arena di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin.

Dalam majlis itu, seramai 25 guru dari pelbagai sekolah di seluruh negara terpilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 atas usaha gigih dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

Dalam pada itu, Melati berkata, pertambahan jumlah pencalonan daripada 1,000 orang tahun pertama

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s diperkenalkan pada 2017 kepada lebih 7,500 pencalonan tahun ini membuktikan negara ini mempunyai ramai guru luar biasa yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan.

“Kami amat gembira melihat sambutan yang cukup menggalakkan terhadap pelaksanaan Anugerah Guru Insipirasi McDonald’s pada tahun ini.

“Ia jelas menunjukkan rakyat negara ini amat menghargai golongan bergelar guru,” katanya. - UTUSAN ONLINE