Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak MAQIS pada pukul 10.30 pagi itu, produk carrageenan aquagel (sejenis rumpai laut) yang bernilai kira-kira RM49,581 didapati dibawa masuk dari Filipina tanpa dokumen yang sah daripada pihak MAQIS.

“Pihak MAQIS mendapati 48 beg carrageenan aquagel tersebut tiada dokumen yang sah seperti import permit (IP).

“Susulan itu, pihak MAQIS telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM4,958.10 kepada pihak yang membawa masuk carrageenan aquagel ini,”katanya di sini hari ini.

Menurut beliau perbuatan mengimport produk hasilan pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. - UTUSAN ONLINE