Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, negeri ini menjadi lokasi terakhir program berkenaan bagi tahun ini.


Tambahnya, kehadiran teramai yang dicatatkan di padang Politeknik Seberang Perai (PSP) pada hari ini merupakan sesuatu yang istimewa kerana program itu merupakan acara rasmi terakhirnya di bawah kementerian.


Terdahulu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyertai acara berbasikal sejauh 30 kilometer (km) bersama Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said sebelum menyertai program senamrobik bersama ribuan peserta di padang PSP.


Sebelum ini, kehadiran teramai dicatatkan Fit Malaysia tahun ini ialah sebanyak 18,000 peserta ketika program berlangsung di Johor. - UTUSAN ONLINE.