AHMAD ZAKIYUDDIN ABD. RAHMAN
AHMAD ZAKIYUDDIN ABD. RAHMAN 

Majlis perasmian klinik itu akan diadakan Khamis ini dan dijangka dirasmikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman.

KPJ Penang Specialist Hospital dalam kenyataan memaklumkan, pembukaan klinik itu bertujuan memperkenalkan satu lagi perkhidmatan kebajikan dan tanggungjawab sosial pihaknya yang dibangunkan dengan kerjasama MAINPP melalui Perbadanan Waqaf Pulau Pinang.

“Disamping itu, usaha ini dapat menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan Wakaf Pulau Pinang.

“Ia juga dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai kepentingan zakat dalam pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di negeri ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, klinik waqaf itu dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

“Secara umumnya Klinik Waqaf An-Nur Pulau Pinang memberikan rawatan perubatan dan perundingan kepada orang ramai tanpa mengira agama dan kaum.

“Rawatan yang dijalankan termasuklah rawatan asas seperti demam, selesema, sakit perut, batuk dan sebagainya dengan bayaran minimum sebanyak RM5 bagi setiap rawatan termasuk ubat,” katanya. - UTUSAN ONLINE