Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung aktiviti tersebut seperti dilaporkan kumpulan nelayan.

Dalam masa sama, beliau menggesa kumpulan nelayan supaya menyalurkan maklumat berkenaan kerja-kerja mengorek pasir itu kepada kerajaan negeri bagi membantu siasatan.

“Hendak (akan) disiasat. Kerajaan negeri tidak memberi kelulusan atau kebenaran kepada aktiviti itu di negeri ini,” katanya menerusi aplikasi WhatApps di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada kerajaan negeri menyedari aktiviti tersebut memandangkan dilakukan terlalu hampir dengan daratan serta sudah berjalan sejak dua bulan lalu, beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Difahamkan, bagi kerja-kerja pengorekan pasir pada jarak di bawah tiga batu nautika, kelulusan dan kebenaran terletak sepenuhnya di bawah kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE