YAN LEE
YAN LEE 

Penasihatnya, Yan Lee berkata, perkara ber­kenaan perlu diperhalusi memandangkan setiap tahun terdapat kes tanah runtuh berhampiran lereng bukit yang membimbangkan rakyat.

Menurut beliau, dana khas itu juga perlu disediakan kerajaan untuk membaiki kawasan lereng bukit yang rosak akibat tanah runtuh.

“Beberapa negara maju yang ‘aktif’ meluluskan pembangunan di kawasan lereng bukit mempunyai badan khas tersebut kerana menyedari risiko pembangunannya kepada orang awam.

“Sebagai contoh, pihak berkuasa Hong Kong mempu­nyai sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada 3,000 pakar untuk memantau keselamatan dan kerja-kerja pembangunan di lereng bukit,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Yan Lee berkata, situasi di Hong Kong dan negeri ini hampir sama apabila projek pembangunan kini mula menyentuh kawasan bukit.

Tambah beliau, kerajaan Hong Kong juga membelanjakan sebanyak RM529 juta setahun untuk jawatankuasa berkenaan berfungsi dan menjalankan tugasnya.

Mengulas lanjut, Yan Lee berkata, kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit di Tanjung Bungah tahun lalu yang mengorbankan 11 nyawa harus menjadi iktibar kepada kerajaan.