Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk projek bernilai RM7 bilion itu dimaklumkan kepada kerajaan negeri menerusi surat bertarikh 10 April lalu.

“Projek ini dijangka bermula Julai 2020 dan siap Jun 2026.

“Laporan EIA ini telah dikemas kini dan diluluskan bersama 56 syarat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

PIL 1 merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang yang dijangka bernilai RM46 bilion.

PIL 1 adalah jajaran sepanjang 19.5 kilometer bermula di Persiaran Gurney sehingga ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (berdekatan kawasan perindustrian FIZ IV Bayan Lepas). - UTUSAN ONLINE