MAZIAN NAWAWI
MAZIAN NAWAWI 

Pengalaman itu bakal diperoleh menerusi pakej berbuka puasa di Restoran Top View pada tingkat 59 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini bermula 10 Mei hingga 1 Jun ini.

Pada harga pakej RM98 bagi dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak termasuk cukai, pelanggan juga akan dijamu dengan kira-kira 100 hidangan berbuka puasa secara bufet hasil air tangan cef tempatan diketuai Cef Shaikh Fauzi.

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan termasuk nasi beriyani dan nasi kerabu, ketam masak kari dan sayur terung goreng berlada selain pencuci mulut seperti pasembor, kerabu kerang, salad dan acar buah-buahan.

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran, Only World Group Holdings Berhad, Mazian Nawawi, selain di restoran Top View, The Top turut menawarkan pakej berbuka puasa di restoran ikonik mereka di Restoran Selera Umi di tingkat lima.

Tidak kurang menarik, kata beliau, pakej berbuka puasa di restoran itu menawarkan set masakan Melayu berbeza setiap hari yang dihidang di dalam mangkuk tingkat.

“Antara set yang ditawarkan adalah masakan gulai lemak ayam pedas, rendang daging, sotong goreng masin, daging masak hitam dan kari ayam kapitan.

“Orang ramai juga boleh memilih set hidangan asam pedas ikan patin selain turut disediakan pelbagai sajian pemanis mulut seperti kuih-muih, ais kacang, sirap selasih, teh tarik dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mazian, bagi pakej di Restoran Selera Umi, harga yang ditawarkan bermula RM68 bagi dewasa dan RM58 bagi kanak-kanak termasuk cukai.

Bagaimanapun, katanya, The Top kini menawarkan harga promosi bagi pakej di kedua-dua restoran berkenaan iaitu diskaun 20 peratus untuk tempahan sebelum 1 Mei ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi talian 04-2623800 atau 012-3908262 (Restoran Umi) atau 017-3368286 (Restoran Top View). - UTUSAN ONLINE