Menurut Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Noraisyah Abu Bakar, ikan lumba-lumba seberat 70 kilogram daripada spesis Porpoise ambu itu dipercayai mati kira-kira dua minggu lalu.

Tambahnya, bangkai ikan itu ditemukan oleh seorang nelayan di kawasan berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perikanan negeri.

“Ikan lumba-lumba ini dipercayai berusia 30 tahun dan disyaki mati kerana telah tua.

“Tiada kesan terkena kipas atau dipukul berdasarkan keadaan fizikal badan ikan lumba-lumba ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noraisyah berkata, orang ramai terutama nelayan perlu melaporkan kepada Jabatan Perikanan jika menemukan spesis-spesis yang terancam terdampar di kawasan pantai.

“Mengikut rekod Jabatan Perikanan pada 2016 terdapat lima kes mamalia terdampar yang diuruskan oleh agensi ini manakala pada 2017 pula terdapat tujuh kes,” katanya. - UTUSAN ONLINE