Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua mereka yang berumur antara 27 hingga 33 tahun itu ditahan dalam operasi kira-kira pukul 2.45 pagi selepas gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Tambah beliau, kesemua mereka yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) kemudiannya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim negeri di sini untuk siasatan serta tindakan lanjut.

“Pengusaha sangkar ikan diingatkan tidak menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah kerana ia merupakan kesalahan di bawah undang-undang.

“Kita akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamizan berharap orang awam dapat bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkenaan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146. - UTUSAN ONLINE