Serbuan menerusi Ops Bersepadu itu bermula pada pukul 5 petang sehingga tengah malam semalam dianggotai oleh 68 orang anggota selepas mendapat laporan mengenai pekerja warga asing tanpa permit.

“Di sekitar Batu Feringghi, kita telah memeriksa 12 buah premis perniagaan antaranya kedai menjual pakaian, kedai makanan manakala di Bukit Mertajam sebuah tapak pembinaan telah diperiksa.

“Dalam operasi semalam, sebanyak 55 orang telah diperiksa dan kita mendapati 33 daripada mereka tidak mempunyai permit yang sah untuk bekerja di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kesemua yang ditahan termasuk lima wanita akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE