Dalam serbuan yang dijalankan oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNHEP) negeri, seorang lelaki yang juga pemilik ketiga-tiga premis itu berusia 30-an ditahan untuk diambil keterangan.

Antara barangan kosmetik dan kesihatan yang dirampas terdiri daripada minyak wangi, gincu, pelembab badan dan lain-lain.

Timbalan Pengarah yang juga Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Chin Ching Chung berkata, operasi itu dijalankan pada pukul 2 hingga 5 petang dan seramai 15 penguatkuasa KPDNHEP bersama tujuh wakil cap dagangan menyerbu tiga premis perniagaan itu yang terdiri daripada pasaraya dan rumah kedai.

“Siasatan awal mendapati pemilik premis turut menjadi pemborong dan mempromosikan produknya secara atas talian.

“Kita dapati pemilik premis ini menjalankan aktiviti menjual pelbagai barangan kosmetik dan kesihatan

tiruan daripada pelbagai jenama antarabangsa dipercayai dari China dengan harga yang lebih murah,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDKK) di sini hari ini.

Menurut beliau hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati harga barangan tersebut dijual 80 peratus lebih murah dari harga asal.

“Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati kerana ia berbahaya termasuk terdedah kepada risiko penyakit kanser,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011. - UTUSAN ONLINE