Ini berikutan masalah air yang berlarutan sekian lama di Betau yang seolah-olah menemui jalan buntu dan tiada penyelesaian.

Ketiadaan air sangat menyukarkan pelajar terutamanya mereka yang tinggal di asrama. Turut terjejas adalah para guru yang bertugas di sekolah tersebut.

Dengan hanya menggunakan cangkul dan peralatan asas ibu bapa, pelajar dan guru menyiapkan kolam
Dengan hanya menggunakan cangkul dan peralatan asas ibu bapa, pelajar dan guru menyiapkan kolam.-Gambar ihsan pembaca

Menyedari isu yang seperti tiada jalan penyelesaian itu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Betau telah mengambil satu tindakan proaktif dengan menganjurkan program gotong-royong membina kolam takungan air.

Ibu bapa, guru dan pelajar hanya menggunakan cangkul, buluh serta jentera jentolak untuk mengali kolam terbabit. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan kolam tersebut.

"Inilah wira-wira yang tidak didendangkan di Betau. Ibu bapa bersatu hati dan berkerjasama dengan para guru lelaki, serta anak-anak sekolah Betau membina dam bagi tujuan menyalurkan air ke sekolah.

"Semoga khidmat bakti ibu bapa, para guru dan pelajar sekolah yang sanggup mendaki bukit, berkubang, berselut, meredah belukar, membaiki dam ini akan diberi pembalasan setimpal oleh Allah," kata seorang bapa yang tidak mahu dikenali.

Kolam ini mengumpulkan air bukit dan air hujan sebelum disalurkan ke SK Betau.-Gambar ihsan pembaca.
Kolam ini mengumpulkan air bukit dan air hujan sebelum disalurkan ke SK Betau.-Gambar ihsan pembaca. 

Menurut beliau, kolam takungan air tersebut juga dibina kerana bimbangkan keselamatan anak-anak yang terpaksa pergi ke sungai untuk mandi dan membasuh pakaian berikutan masalah air yang dihadapi mereka.

Beliau berkata, pengalaman membina kolam takungan air tersebut pastinya sangat berharga kepada anak-anak murid SK Betau.

Batang buluh turut digunakan untuk memperkukuhkan dinding kolam.
Batang buluh turut digunakan untuk memperkukuhkan dinding kolam. - Gambar ihsan pembaca

"Mungkin sebab tiada anak orang ternama di sini. Jadi, keadaan ini akan berlanjutan beberapa generasi lagi. Tahniah kepada PIBG kerana turut bersama para guru menangani isu air di Betau.

"Bayangkan hampir beberapa bulan saja lagi kita akan memasuki era 2020 tetapi masyarakat di sini masih lagi bergelut dengan keperluan asas. Di mana pemimpin yang sepatutnya peka dengan kebajikan rakyat?," tanya bapa tersebut.-UTUSAN ONLINE