Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pertandingan fotografi ‘Sakura Kedah’ bermula

Sakura kedah
TOURISM Malaysia Kedah menganjurkan peraduan 'Smartphone Photo Contest: Sakura Blossom, hingga 30 Mac depan bagi mempromosikan keindahan bunga tecoma yang juga dikenali sebagai sakura di negeri itu. -UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR 16 Mac – Bersesuaian dengan musim bunga tecoma di Kedah ketika ini, Tourism Malaysia Kedah sekali lagi menganjurkan peraduan ‘Smartphone Photo Contest: Sakura Blossom’ hingga 30 Mac depan.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Kedah/Selatan Thailand, M. Shri Yoganthiran berkata, peraduan yang masuk kali ketiga penganjurannya itu bertujuan untuk mempromosikan keindahan bunga tecoma yang juga dikenali sebagai sakura sebagai tarikan pelancong ke negeri ini.

“Syarat untuk menyertai pertandingan ini mudah sahaja, peserta hanya perlu ‘like’ dan ikut laman Tourism Malaysia Kedah di Facebook, Instagram dan Twitter sebelum menghantar gambar.

“Gambar bunga tecoma yang dimuat naik di laman sosial Tourism Malaysia Kedah perlu diambil di negeri ini dengan menggunakan ‘hashtag’ #tmkedah, #tourismmalaysiakedah dan #tecomainkedah.

“Peserta juga perlu meletakkan maklumat seperti butiran nama, lokasi dan tarikh gambar dimuat naik di ruangan kapsyen,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Shri Yoganthiran, pihaknya menawarkan pakej percutian kepada pemenang utama selain turut menawarkan hadiah misteri kepada peserta harian dan mingguan yang bertuah. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain