AMILIA KHAMIS
AMILIA KHAMIS 

Sejak daripada tempoh itu, hasil pendapatan yang diperolehi Amilia itu digunakan untuk membesarkan dua anaknya selain membantu meneruskan kehidupan harian mereka.

Baginya dan kira-kira 30 pembekal lain, kewujudan gerai Pak Din sejak lebih 20 tahun lalu itu banyak membantu dan apabila Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil tindakan merampas gerai tersebut hanya disebabkan oleh aduan seorang individu, secara tidak langsung telah menjejaskan ‘periuk nasi’ mereka.

“Dengan duit hasil jualan kuih, laksa serta pelbagai lagi makanan lain di gerai Pak Din, banyak membantu saya. Saya kesal hanya disebabkan aduan seorang individu yang tidak tahu motifnya telah menyebabkan ramai orang terkesan.

“Saya harap MPK dapat mempertimbangkan tindakan itu dengan membenarkan kembali Pak Din berniaga di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pembekal kuih, Norhayati Osman,47, pula berkata, dia meletakkan 12 jenis kuih di gerak Pak Din dengan pendapatan kira-kira RM40 sehari.

HABIBAH HASSAN
HABIBAH HASSAN 

“Bila gerai tersebut ditutup sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan saya yang sememangnya bergantung kepada hasil jualan kuih itu semata-mata.

“Lagipun saya tidak nampak kewujudan gerai tersebut mengganggu lalu lintas atau keselesaan orang awam di kawasan berkenaan,” katanya.

Habibah Hassan, 52, pula berkata, dia menumpang letak makanan antaranya seperti laksa dan nasi kuning yang menjadi antara tumpuan pelanggan.

“Saya sangat kecewa apabila gerai Pak Din dirampas oleh MPK. Pak Din sudah diibaratkan sebagai keluarga saya sendiri yang banyak membantu selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pak Din terpaksa meneruskan perniagaan di rumahnya buat sementara waktu sehingga isu berkenaan selesai.

Pak Din seterusnya berharap pihak MPK dapat memberi kebenaran semula dia berniaga di kawasan tersebut. - UTUSAN ONLINE