GERAI Kuih Pak Din 2020 mengambil insiatif dengan mengadakan program untuk orang ramai bersedekah ku

Sehubungan itu, Gerai Kuih Pak Din 2020 yang terletak di Taman Sena Indah di sini, telah mengambil inisiatif mengadakan program bagi orang ramai bersedekah kuih-muih untuk majlis berbuka puasa di masjid, sepanjang bulan ini.

Mereka yang berminat bolehlah menyalurkan sumbangan RM1 sehari atau RM30 sepanjang Ramadan dan berdasarkan jumlah wang diterima, pihak gerai berkenaan akan menghantar kuih di tiga buah masjid terpilih sekitar daerah ini sepanjang Ramadan.

Pemilik gerai berkenaan, Jamaluddin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Din, 68, berkata, dia membuka peluang kepada orang ramai bersedekah secara mudah dan murah.

Katanya, program ini merupakan kali ketiga berturut-turut diadakan sempena Ramadan.

“Tujuan kita adalah untuk mengajak orang ramai bersedekah, mencari pahala menjamu orang berbuka puasa selain membantu mengimarahkan masjid-masjid.

“Selain itu, kita juga membantu pembekal-pembekal kuih daripada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal dan asnaf menjana pendapatan tetap sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin bersedekah boleh menghubungi Pak Din di talian 019-4657500; anaknya Afendi di talian 017-4472725 serta Anija Jamal, 019-4744477 atau terus mengunjungi gerai tersebut.- UTUSAN ONLINE