Program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Perlis itu turut melibatkan penyertaaan kira-kira 200 orang terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang dan penduduk setempat.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti program ceramah, penanaman pokok dan gotong-royong.

Yang turut hadir pada program tersebut, Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Teh Chai Ann dan Pengarah JAS negeri, Azman Shah Ismail.

Sambutan Hari Bumi 2019 dengan tema lindungi spesis itu merupakan program tahunan yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.

Azman Shah berkata, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi melindungi bumi daripada pencemaran yang memudaratkan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menyemai semangat cintakan alam sekitar dan bersama-sama melaksanakan program penanaman pokok dan usaha mengutip sisa sampah melalui program kendalian UiTM cawangan Perlis itu.

“Diharap program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada setiap individu selain tahu peranan dan tanggungjawab mereka bagi memastikan alam sekitar kekal terpelihara,” katanya. - UTUSAN ONLINE