rmps-kayuh-mandi
Tuanku Syed Faizuddin bertanya khabar budak-budak yang mandi di dalam parit semasa program kayuhan santun asnaf di Arau, baru-baru ini.

Lokasi Perlis yang strategik berada di tengah-tengah di antara destinasi pelancongan Langkawi, pelabuhan serta kilang-kilang di Pulau Pinang dan Kulim serta Hat Yai yang merupakan bandar terbesar di Selatan Thailand dilengkapkan dengan keberadaan IPT-IPT yang berfokus di negeri ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya melalui industri sokongan atau ‘support industry’ yang efisyen, berdaya saing dan mampan.


Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan program ‘Op Sifar Cicir Sekolah Peringkat SMK Arau, SK Ujong Batu, Utan Aji dan SK Tambun Tulang yang diadakan di Masjid Al Barakah, Jelempok, Guar Sanji, Arau baru-baru ini.


Program ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bersama-sama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Kali Yang ke-26 Bagi Tahun 2019’.


Baginda turut menambah bahawa selain industri-industri yang sudah dikenalpasti sebagai berpotensi sebelum ini seperti pelabuhan darat, teknologi hijau, hab halal, pendidikan dan juga pelancongan, dua lagi industri baru yang harus diberi perhatian serius oleh para peneraju secara khususnya serta para pemain industri berkenaan secara amnya ialah ‘pertahanan’ dan juga ‘angkasa’. 


Sebelum mengakhiri program, baginda turut berkenan merasmikan Projek Penungkatan Sosio-Ekonomi Asnaf MAIPs berupa sebuah kedai jahit pakaian ‘Asassutra Enterprise’ yang beralamat di No 7113 Kampung Sena, 02600, Arau, Perlis.

Syarikat milik Che Rogayah Che Romli (No Tel: 0108434415) ini telah menerima sumbangan MAIPs sebanyak RM2,000 (12 Oktober 2012 - Bantuan Mesin) dan RM2,000 lagi (4 Mac 2019 - Bantuan Modal). - UTUSAN ONLINE