Program [email protected] yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad bermula pukul 2 sehingga 5 petang itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Lebih 300 orang pelajar telah menyertai program mingguan itu yang diadakan di Masjid negeri Arau; Masjid Titi Beratap, Simpang Empat; Masjid Alwi; Masjid Al-Ghufran, Batu 2; Masjid Jamek Beseri dan Masjid Nurul Hidayah, Felda Chuping.

PARA pelajar menyertai Program Tutorial@Masjid anjuran Gerakan Belia 4B negeri di enam buah masjid t

PARA pelajar menyertai Program [email protected] anjuran Gerakan Belia 4B negeri di enam buah masjid terpilih di sekitar Perlis.- UTUSAN ONLINE

Mata pelajaran yang disediakan pada program berkenaan adalah Bahasa Melayu; Sains; Bahasa Inggeris dan Matematik.

Para pelajar terbabit dibimbing serta dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru terlatih, pensyarah universiti, graduan dan mahasiswa-mahasiswa cemerlang.

Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri, Syed Atif Syed Abu Bakar memberitahu, bermula di sebuah masjid sejak beberapa tahun lalu, kini program berkenaan telah diperluaskan di enam buah masjid di tiga kawasan Parlimen negeri ini.

Kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau itu, program tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai latar belakang pelajar.

PARA pelajar menyertai Program Tutorial@Masjid anjuran Gerakan Belia 4B negeri di enam buah masjid t

PARA pelajar menyertai Program [email protected] anjuran Gerakan Belia 4B negeri di enam buah masjid terpilih di sekitar Perlis.- UTUSAN ONLINE

“Program ini turut menyediakan kelas-kelas yang berkonsepkan ‘study group’ atau belajar berkumpulan.

“Saya amat bersyukur dan gembira kerana program ini bukan hanya memberi peluang kepada para pelajar menambah ilmu pengetahuan dalam menghadapi peperiksaan, malah juga berjaya membawa anak-anak muda ini mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang berfaedah,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berharap dengan program tersebut dapat membantu meningkatkan pencapaian para pelajar dalam peperiksaan-peperiksaan utama tahun ini.

“Selain daripada kelas-kelas tambahan dan motivasi di sekolah, program ini merupakan usaha yang sangat murni dan kita mengharapkan lebih ramai pelajar menyertai kelas-kelas ulang kaji intensif yang disediakan, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai akses ke kelas tuisyen berbayar.

“Kerajaan negeri sentiasa komited membantu untuk melonjakkan kecemerlangan akademik para pelajar di negeri ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh itu.- UTUSAN ONLINE