Malah ia menjadi tarikan yang menggamit pelancong datang ke sana.

Perlis juga juga tidak kurang dengan daya tarikan dan turut mempunyai keistimewaan ter­sebut.

Ini kerana negeri paling utara di Semenanjung itu turut mempunyai tarikan dan keindahan yang tersendiri.

Mengambil kira faktor itulah, Kelab Memancing dan Rekreasi Perlis tampil dengan membawa idea dengan mewujudkan pasar terapung di Kuala Perlis.

Pelancaran pasar yang julung-julung kali ini disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, baru-baru ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sekiranya dibangunkan dengan prasarana yang baik, tidak mustahil pasar ini bakal menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri ini.

Antaranya kemudahan meletak kenderaan, jalan masuk yang lebih baik dan tempat duduk untuk kegunaan orang ramai.

Lebih menarik, kelab itu turut merancang untuk menjemput nelayan dari Pulau Puju, Wilayah Satun berniaga di situ.

Pulau tersebut yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot dari Kuala Perlis, dikatakan kaya dengan hasil laut seperti kerang-kerangan dan siput.

Pastinya kehadiran nelayan Islam dari situ akan memeriahkan lagi aktiviti pasar terapung ini.