Titah baginda ini terutama di bahagian dapur, mendidik anak-anak tentang tips-tips elakkan kebakaran, hindari sindrom 3L iaitu Lupa, Lalai, dan Leka dan tangani kebakaran dengan konsep 3L iaitu Lapor, Lawan dan Lari.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian pada majlis kayuhan berbasikal 'Bomba Tonggak Penyelamatan Negara 2019' anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM ) dan 'Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' ke 55 di sekitar Kampung Repoh di sini, Isnin malam.

Bersempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan merasmikan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf MAIPs berupa sebuah projek kedai makan yang diusahakan oleh Ghazlinan Ghazali, 57, di Batu 1 1/4 Kg Repoh.

Ghazlizan mendapat bantuan MAIPs berupa bantuan modal pindah kedai sebanyak RM3,680 pada 9 November 2018 dan bantuan modal pusingan sebanyak RM500 pada 15 Ogos 2019.

Sementara itu Pengarah JBPM Perlis , Ruhisya Haris berkata masyarakat harus peka mengenai aspek keselamatan menerusi konsep 3E iaitu 'Education, Engineering dan Enforcement" supaya ancaman kebakaran tidak wujud.

"' 'Education' penting untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran sejak dari alam tadika melalui penubuhan Kelab 3K, Kadet Bomba sekolah, Briged Bomba di peringkat pengajian Tinggi (Diploma) dan Kor Siswa Bomba (Ijazah) serta penubuhan Bomba Komuniti dan pasukan Bomba Sukarela, ceramah, seminar dan lain-lain.

" 'Engineering' pula dengan memastikan setiap bangunan mematuhi syarat dan kehendak kebombaan sebelum sesuatu bangunan itu diduduki melalui kejuruteraan M(amp)E sistem aktif dan pasif, serta 'Enforcement' iaitu melaksanakan penguatkuasaan sekiranya ada pihak melanggar undang-undang serta tidak mengikut syarat-syarat kebombaan yang boleh mengundang bahaya kebakaran. Sekiranya ingkar atau berdegil akan dihadapkan ke mahkamah," katanya. - BERNAMA