Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man apabila pesta berkenaan semakin mendapat perhatian saban tahun khususnya bagi peminat sukan lumba perahu.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sendiri setiap tahun memberi sokongan padu apabila berkenan mencemar duli ke acara tersebut.

Dalam acara yang berlangsung selama dua hari bermula 30 September lalu, baginda menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Jika dahulu acara itu, hanya melibatkan kampung nelayan di Kuala Perlis dekat sini, tetapi kini sudah disertai pasukan jemputan dari luar negeri ini.

Secara keseluruhannya, seba­nyak 34 pasukan terlibat terma­suk dari Pulau Pinang dan agensi kerajaan di Putrajaya.

Dalam usaha menambah baik acara bagi meningkatkan popula­ritinya, Pesta Air Kuala Perlis pada masa depan mungkin akan ditambah aktiviti lain di sebelah malam.

Hadiah juga akan ditingkatkan menerusi penajaan pihak tertentu bagi menarik peminat sukan lumba perahu berkunjung ke sini dan bertanding dalam acara tersebut.

Difahamkan, laluan perlumbaan disediakan penganjur berbeza dengan tempat lain kerana di sini agak mencabar dengan beberapa selekoh, justeru harus dicuba oleh peminat sukan tersebut.