Menurut baginda cadangan kerajaan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam yang berjumlah 1.7 juta bertujuan supaya setiap pekerja memberi khidmat terbaik.


Memetik tulisan Dr Stephen R. Covey iaitu ‘The 7 Habits of Highly Effective People’, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah setiap orang mempunyai kebiasaan tersendiri yang sukar diubah kecuali bagi yang berdisiplin tinggi. 


“Untuk menjadi seorang yang efektif dalam setiap perbuatannya, terdapat tujuh perkara yang perlu diubah bagi membentuk kebiasaan baharu mengikut corak atau bentuk supaya seseorang itu lebih efektif,” 


“Tujuh perkara tersebut adalah - ‘Begin with the end in mind,’ ‘Put First Things First,’ ‘Think Win – Win,’ ‘Seek First to Understand,’ ‘Then to be understood,’ ‘Synergize,’ dan ‘Sharpen the saw,” titah baginda pada majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) 2018 UniMAP di Mes Pegawai Kanan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di sini, semalam.


ASG kali ini menyaksikan 129 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 54 Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang, dan 10 Anugerah Penghargaan Khas.


Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. - BERNAMA