Azlan Man

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, tambahan pula cabaran hidup zaman ini yang perlu berhadapan dengan pelbagai masalah sosial seperti keruntuhan akhlak, kepincangan budaya dan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Kita sering terleka, terbuai de­ngan keindahan duniawi sehinggakan kita lupa kepada pesanan Allah supaya kita kembali kepada al-Quran,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pelancongan negeri, Abdul Jamil Saad dalam program Malaysia Ngaji Peringkat Negeri 2016 di Auditorium Perpustakaan Awam Perlis di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Zamri Khairuddin dan Pengarah Perpustakaan Awam negeri, Machita Othman.

Pada majlis itu, Zulhelmi Khobin memimpin bacaan surah Al-Kahfi bersama-sama dengan para hadirin dan terjemahan oleh Ahmad Faizal Rahim.

Program Malaysia Ngaji 2016 ini anjuran Perbadanan Perpustakaan Negara dengan kerjasama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia.

Ia diadakan selama sejam mulai pukul 12 tengah hari hingga 1 petang ini secara serentak di seluruh negara.

Tujuan program ini untuk menjulang al-Quran sebagai landasan kehidupan dan menggalakkan masyarakat membaca al-Quran, memahami serta mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seha­rian.