Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, enam tunjang tersebut adalah peningkatan agihan manfaat, peningkatan kutipan hasil, mercu tanda gemilang, pengiktirafan dan penarafan, kegemilangan antarabangsa dan kebanggaan organisasi dan turun padang.

"Enam tunjang utama itu adalah dalam usaha kita untuk mencapai hala tuju MAIPs tahun ini iaitu menjulang kemajuan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan

menyempurnakan majlis pelancaran Hala Tuju MAIPs bagi tahun 2019 di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh di sini, semalam.

Berangkat sama anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kewangan MAIPs, Datuk Abdul Rauf Abdul Rashid.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, hala tuju ini dirangka untuk memastikan MAIPs terus kekal relevan dan memberikan manfaat kepada ummah dan negeri ini.

"Ini adalah antara salah satu usaha yang direncanakan oleh MAIPs dan ia memerlukan kerjasama jitu dan kuat daripada semua pihak bertepatan dengan motto MAIPs Menjunjung Syiar, Memaju Ummah," katanya.- UTUSAN ONLINE