Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena program tahunan itu seperti fun walk 5 kilometer (km); sukan integrasi orang kurang upaya (OKU); acara sepak raga; senamrobik dan pelbagai lagi.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan negeri yang bermula kira-kira pukul 8 pagi itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Azlan ketika ditemui berkata, penganjuran program Hari Sukan Negara cukup penting dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Katanya, sambutan program tersebut bagi peringkat negeri ini mendapat sambutan hebat khususnya daripada golongan muda.

“Pelbagai acara menarik disediakan pada sambutan hari ini yang membabitkan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.- UTUSAN ONLINE