Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, kesemua enam ekor burung Kuang Raya itu diperoleh menerusi program konservasi dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, dengan adanya pusat konservasi itu, pengunjung yang datang ke taman tema berkenaan boleh melihat dengan lebih dekat keunikan burung tersebut yang terkenal dengan keindahan bulunya.

Antara spesis burung Kuang Raya. - Foto: Zoo Kemaman
Antara spesis burung Kuang Raya. - Foto: Zoo Kemaman 

“Program ini merupakan usaha LWOT dalam memperkenalkan spesies haiwan tempatan iaitu burung Kuang Raya yang mungkin tidak dikenali oleh kebanyakan daripada kita.

“Malah menerusi program konservasi ini, kita dapat sama-sama membantu Jabatan Perhilitan membiakkan hidupan dalam spesies terancam ini sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Pusat Konservasi Kuang Raya di LWOT yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Dr. Abdul Kadir Abu Hashim di sini semalam. - UTUSAN ONLINE