Program itu dianjurkan bagi menghargai golongan tersebut selain menyemarakkan sambutan bulan Ramadan.

Pengurus Besar Swiss-Garden Beach Resort, Rayan Charles Komatt berkata, program itu diadakan sebagai tanggungjawab sosial koporat (CSR) pihaknya bagi menggembirakan penghuni rumah berkenaan yang berusia tujuh hingga 17 tahun.

Menurut beliau, majlis berbuka puasa ini turut mendapat kerjasama antara Mubadala Petroleum iaitu sebuah syarikat minyak dan gas huluan antarabangsa.

Katanya, pihaknya berbesar hati apabila dapat membawa anak-anak yatim tersebut untuk berbuka puasa dan berharap majlis itu dapat memberi senyuman kepada mereka.

“Program ini juga sebagai tanda prihatin kita agar golongan seperti anak-anak yatim ini tidak merasa diketepikan apatah lagi pada bulan yang mulia ini.

“Kami akan meneruskan program seperti ini pada masa depan bagi menghargai mereka yang kurang bernasib baik,” katanya dalam ucapannya di majlis tersebut.

Pada akhir program tersebut anak-anak yatim berkenaan turut menerima sumbangan duit raya, beg sekolah dan biskut raya istimewa. - UTUSAN ONLINE