Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan melibatkan 17,000 penerima yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, jumlah yang diberikan mungkin dilihat kecil tetapi nilai tersebut sangat bermakna kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Kita memberikan bantuan mengikut kemampuan dan keperluan iaitu seramai 17,000 penerima setakat ini dan akan mencari jalan untuk nilainya ditambah.

“Kita tidak mahu memberikan nilai yang tinggi sehingga RM200 atau RM500 kononnya untuk menyenangkan rakyat tetapi kerajaan terpaksa mencari sumber kewangan. Jika begitu entah bila program bantuan ini dalam dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kad Perak Prihatin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE