Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, edisi ke-28 kejohanan hoki jemputan itu merupakan sentiasa dinanti-nantikan oleh pasukan handalan dunia.

AHMAD FAIZAL AZUMU
AHMAD FAIZAL AZUMU

Menurutnya, penganjuran kejohanan hoki jemputan paling tua di dunia itu secara tidak langsung akan mempromosikan negeri ini kepada pelancong luar.

“Kejohanan ini mempu­nyai prestij yang tersendiri dan satu-satunya kejohanan yang dinantikan oleh pasukan elit.

“Saya berharap peminat beramai-ramai datang ke Stadium Hoki Azlan Shah untuk menyaksikan perlawanan dan meraikan kejohanan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran dan mempromosikan kejohanan itu, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Ho­ward Lee Chuan How dan

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Datuk Abdul Rahim Md Arif.

Ahmad Faizal berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk berangkat ke acara penutup dan menyaksikan perlawanan akhir kejohanan pada 30 Mac.