Pengerusinya, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, lima inisiatif yang telah digariskan itu ialah khidmat sosial, pendidikan, kesihatan dan keselamatan, seni dan sukan serta kelestarian alam sekitar.

Katanya, bagi memastikan hasrat tersebut dapat dicapai, pelbagai program diatur dengan kerjasama banyak pihak termasuk syarikat-syarikat korporat.

“KASIH Perak komited dalam memainkan peranan bagi membantu kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mempromosi dan membentuk masa depan negara serta negeri yang lebih gemilang kepada semua golongan masyarakat.

“Malah, segala usaha yang dilakukan juga berjalan seiring dengan matlamat untuk memerangi sifat rasisme, cauvinis dan penindasan terhadap mana-mana pihak,” katanya ketika berucap pada Majlis Gala Makan Malam Amal KASIH Perak di taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di sini semalam.

Majlis tersebut dihadiri Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - UTUSAN ONLINE