MBI dalam satu kenyataannya memaklumkan langkah itu bagi memudahkan penggemar buah tersebut untuk membeli serta menikmati durian di lokasi yang lebih strategik dan selamat.

Sehubungan itu, MBI mempelawa peniaga durian untuk berniaga di kawasan tersebut yang turut akan disediakan dengan tong sampah.

“MBI akan membuka kaunter sementara di Stadium Indera Mulia bagi memudahkan para peniaga durian mendapatkan permit untuk berniaga di lokasi tersebut.

“Untuk keterangan lanjut, para peniaga yang berminat boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Penjaja di talian 05-2083297/98,” kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini.

MBI dilaporkan telah merampas hampir 500 biji durian dalam operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan berkaitan aktiviti menjual durian tidak berlesen di beberapa lokasi di sini sejak minggu lepas.- UTUSAN ONLINE