Selain itu, keadaan jalan yang mendap dan retak membahayakan pengguna malah kerap berlaku tayar kereta terbenam ke dalam lubang yang mendap di laluan tersebut.

Seorang penduduk, Muhamad Izham Zainal Abidin, 30, berkata, jalan tar yang rosak teruk sejauh lebih kurang 100 sehingga 500 meter.

KEADAAN jalan raya yang rosak di Kampung Parit Sungai Burung,
KEADAAN jalan raya yang rosak di Kampung Parit Sungai Burung, Parit Buntar, Perak, baru-baru ini. – UTUSAN/A. MALEK ASLIE

Menurutnya, jalan tersebut telah diturap semula dua tahun lalu dan mula menga­lami keretakan sejak setahun lalu.

Katanya, jalan itu rosak kerana dibina berdekatan dengan tebing sebuah parit dan kini semakin mendap sehingga senget.

“Jalan ini merupakan laluan utama di kawasan yang digunakan oleh penduduk setiap hari untuk berulang alik ke pekan Tanjung Piandang.

“Bagi menggelakkan jalan ini terus rosak, pihak yang berkenaan perlu membuat penebat yang lebih kukuh dengan memacak kayu bakau di tebing parit,” kata­nya ketika ditemui, baru-baru ini.

Seorang petani, Roslan Saari, 50, berkata, keadaan jalan yang rosak menyusahkan penduduk terutama pelajar dan pekerja kilang.

Menurutnya, semasa majlis kenduri kahwin di kampung berkenaan, pasti ada kereta yang tersangkut di jalan itu apabila tayarnya terbenam ke dalam lubang.

“Penduduk akan membantu kenderaan tersebut. Keadaan akan menjadi lebih sukar apabila waktu malam dan subuh kerana van akan mengambil pekerja di sini.

“Saya berharap pihak yang berkenaan segera memberikan perhatian terhadap masalah jalan di kampung ini,” katanya.