Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian itu disedari oleh ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang ingin menggunakan dewan tersebut untuk bermesyuarat kira-kira pukul 9 pagi.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan pecah masuk di tandas tersebut selain kesan umpil di tepi pintu jeriji dewan berkenaan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati antara barang-barang yang hilang ialah enam kipas siling, dua kipas dinding, sebuah televisyen 46 inci, enam meja dan lapan kerusi.

“Selain itu, turut dicuri 12 lampu siling dan satu papan suis yang jumlah kesemuanya dianggarkan bernilai RM7,000,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE