Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, maklumat yang diberikan itu akan membantu siasatan pihak PDRM negeri dalam mengesan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik.

"Mereka boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superitenden Nurul Bazilah Jaafar dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

"Boleh juga melalui talian hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau hotline Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata, pihak polis sudah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan (Menjadikan Udara Bahaya Kepada Ksihatan) dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan (Kelakuan Cuai Berkenaan Dengan Benda Beracun). - UTUSAN ONLINE