Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, dakwaan yang mengatakan pencemaran dua sungai turut menjadi sumber pencemaran udara adalah tidak benar.

“Pemeriksaan ke kawasan sungai terbabit menemukan beberapa tong, namun ia tidak mengeluarkan gas beracun. Jika ia mengandungi gas beracun, pasti kita dapat kesan serta-merta menggunakan alat pengesan gas.

“Bagaimanapun, ia tetap satu pencemaran dan kerajaan negeri melalui agensi berkaitan sedang dlaam usaha memberishkannya. Buat masa ini, kita masih tidak tahu lagi kandungan sisa kimia yang ditemui dan sedang menunggu laporan daripada pihak Jabatan Kimia,” katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat berhubung kes pembuangan haram sisa toksik di Sungai Kim Kimm, Pasir Gudang di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Kelmarin, akhbar melaporkan penemuan beberapa tong biru yang dipercayai mengandungi sisa toksik di Sungai Selangkah dan Sungai Masai. - UTUSAN ONLINE