Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, hasil serbuan itu, kesemua premis diberikan notis arahan bagi mematuhi segala perundangan alam sekitar.

“Daripada jumlah itu sebanyak enam premis dikenakan kompaun, dua ditahan operasi serta dua premis dikenakan syor tindakan mahkamah.

“Secara keseluruhan, JAS telah mengambil tindakan penjejakan dan penyiasatan ke atas 153 premis yang sebelumnya 90 buah premis termasuk tindakan kompaun ke atas 73 premis berkaitan kesalahan buangan berjadual, efluen perindustrian (10), bilangan notis arahan (11) dan perintah tahan operasi (7),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE